Tuesday, February 21, 2023

LET'S TVET@POLYCC PAHANG 2023 BERSAMA JPN DAN PPD PAHANG

 

21 Februari 2023 : Program bual bicara telah diadakan di Kolej Komuniti Paya Besar bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta turut melibatkan pegawai PRO dan Pengambilan dari Kolej Komuniti serta Politeknik seluruh negeri Pahang. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan serta saling bertukar maklumat kepada JPN dan PPD tentang program TVET di POLYCC Pahang. Para pegawai JPN dan PPD juga dibawa untuk melihat fasiliti di Kolej Komuniti Paya Besar.


Thursday, February 9, 2023

BENGKEL PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR POLYCC ZON PAHANG

 


Bengkel Pengurusan Kemasukan Pelajar Politeknik & Kolej Komuniti Zon Pahang telah diadakan pada 25-26 Januari 2023 bertempat di Kolej Komuniti Pekan. Bengkel ini turut dihadiri oleh semua Pegawai Pengambilan dari Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Pahang. Pelbagai isu berkaitan dengan pengambilan yang lepas turut dibincangkan dalam bengkel yang dilangsungkan selama dua hari ini. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Bahagian Pengambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP), Pn Noranyza Mohamad Yusoff.

Berikut adalah surat panggilan untuk menghadiri bengkel tersebut.

https://drive.google.com/file/d/1qPTBV0lL4o1QJ5xqPPDauPFFD-iHUwW-/view?usp=share_link

Berikut juga adalah slide pembentangan bagi Politeknik Muadzam Shah berkaitan dengan isu-isu yang berbangkit dan perlu ditangani pada Sesi 1 2022/2023.

https://docs.google.com/presentation/d/1N2Tmc1YWgg27I-opIppjCMYH2okJlVBn/edit?usp=share_link&ouid=116469787468117141290&rtpof=true&sd=true



Sunday, December 11, 2022

MESYUARAT PENGOPERASIAN PENGAMBILAN PELAJAR SESI 2 2021:2022

Satu mesyuarat bersama Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar telah diadakan pada 6 Januari 2022 secara atas talian bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan Pengambilan Pelajar pada Sesi 2 2021:2022

Surat bagi panggilan mesyuarat adalah seperti berikut :

https://drive.google.com/file/d/1HMrqwGV6soEarXhx0NVbJFf2HzTd7X8q/view?usp=share_link

Tuesday, May 10, 2022

PROGRAM BERTEMUDUGA

 

SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA DAN / ATAU UJIAN LEPASAN SPM SESI AKADEMIK 2022/2023

Calon yang memohon program pengajian bertemu duga dan / atau ujian boleh melayari URL Institusi/Agensi terlibat seperti diatas untuk membuat semakan bermula pada 9 Mei 2022 (Isnin).

LET'S TVET@POLYCC PAHANG 2023 BERSAMA JPN DAN PPD PAHANG

  21 Februari 2023 : Program bual bicara telah diadakan di Kolej Komuniti Paya Besar bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pen...