Tuesday, February 21, 2023

LET'S TVET@POLYCC PAHANG 2023 BERSAMA JPN DAN PPD PAHANG

 

21 Februari 2023 : Program bual bicara telah diadakan di Kolej Komuniti Paya Besar bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta turut melibatkan pegawai PRO dan Pengambilan dari Kolej Komuniti serta Politeknik seluruh negeri Pahang. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan serta saling bertukar maklumat kepada JPN dan PPD tentang program TVET di POLYCC Pahang. Para pegawai JPN dan PPD juga dibawa untuk melihat fasiliti di Kolej Komuniti Paya Besar.


Thursday, February 9, 2023

BENGKEL PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR POLYCC ZON PAHANG

 


Bengkel Pengurusan Kemasukan Pelajar Politeknik & Kolej Komuniti Zon Pahang telah diadakan pada 25-26 Januari 2023 bertempat di Kolej Komuniti Pekan. Bengkel ini turut dihadiri oleh semua Pegawai Pengambilan dari Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Pahang. Pelbagai isu berkaitan dengan pengambilan yang lepas turut dibincangkan dalam bengkel yang dilangsungkan selama dua hari ini. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Bahagian Pengambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP), Pn Noranyza Mohamad Yusoff.

Berikut adalah surat panggilan untuk menghadiri bengkel tersebut.

https://drive.google.com/file/d/1qPTBV0lL4o1QJ5xqPPDauPFFD-iHUwW-/view?usp=share_link

Berikut juga adalah slide pembentangan bagi Politeknik Muadzam Shah berkaitan dengan isu-isu yang berbangkit dan perlu ditangani pada Sesi 1 2022/2023.

https://docs.google.com/presentation/d/1N2Tmc1YWgg27I-opIppjCMYH2okJlVBn/edit?usp=share_link&ouid=116469787468117141290&rtpof=true&sd=true



LET'S TVET@POLYCC PAHANG 2023 BERSAMA JPN DAN PPD PAHANG

  21 Februari 2023 : Program bual bicara telah diadakan di Kolej Komuniti Paya Besar bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pen...